22 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Makanan Lampu Isyarat – JSPT Kelantan

Trending

22 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Makanan Lampu Isyarat – JSPT Kelantan

Sebanyak 22 saman dikeluarkan terhadap penjaja makanan di sekitar lampu isyarat oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam tempoh tiga hari.

Saman yang dikeluarkan dalam operasi khas dijalankan pada 15 Mac sehingga 17 Mac di Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Lembah Sireh.

Advertisement

Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi selaku ketua JSPT Negeri berkata, kebanyakkan penjaja yang disaman adalah dalam lingkungan umur 20-an disebabkan berniaga di lampu isyarat yang mengganggu lalu lintas.

penjaja di lampu isyarat

“Mereka yang disaman ini diberi tempoh sebulan untuk hadir perbicaraan di mahkamah. Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM2,000”.

Mohd Zamri berkata demikian dalam satu kenyataan dan saman dikeluarkan mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

“Setakat ini, hanya penjual disaman dan belum ada saman dikenakan kepada pembeli”.

Tambahnya, penjual dan pembeli dinasihatkan supaya tidak berniaga serta membeli di jalan raya, termasuk di lampu isyarat kerana boleh mengundang bahaya.

“Patuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kecelakaan atau dikenakan tindakan undang-undang”.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...