22 Kimoterapi & 15 Sesi Radioterapi, Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Bikin Ramai Sebak

Trending

22 Kimoterapi & 15 Sesi Radioterapi, Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Bikin Ramai Sebak

Seorang graduan menerima sorakan dan semangat ketika meengambil skrol dalam majlis graduasi Institut Pendidikan Guru (IPG) baru-baru ini.

Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim menghidap kanser limfoma tahap empat namun tetap bersemangat dan kuat untuk menamatkan pengajiannya.

Advertisement

Menerusi video yang tular di TikTok, Syahidatunnajwa  digelar ‘graduan istimewa’ dek kerana semangat kental dimilikinya hingga berjaya tamat pengajian meskipun sedang berjuang melawan penyakit kanser, semuanya demi mencapai cita-cita bergelar seorang guru.

Difahamkan, Syahidatunnajwa menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Lebih hebat lagi, pada masa dia menyambung pengajian itu, Syahidatunnajwa turut menjalani 22 kali rawatan kimoterapi dan 15 sesi radioterapi kini masih lagi meneruskan rawatan.

Ucapan pengacara majlis graduasi berkenaan menyentuh hati ramai di dalam dewan berkenaan yang kemudian memberikan tepukan gemuruh buat wanita kuat ini.

Namun kerana semangat juang dan komitmen yang jitu, beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua bahawa penyakit itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

@shafiqalsukriMotivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru semoga cepat sembuh♬ suara asli – hooman ◡̈ – ◡̈

Hantaran itu meraih pelbagai respon di TikTok dan ramai tersentuh hati serta berasa sebak membayangkan kesakitan dilalui Syahidatunnajwa namun dia tetap tidak berputus asa.

Semangat juangnya dipuji dan boleh dijadikan inspirasi ramai malah ada yang menggelarnya ‘the real fighter’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cico Harahap makin aktif live di TikTok, sudah sihat
2 weeks ago

Bertahun Menyepi Kerana Sakit, Netizen Teruja Cico Kembali Aktif & Kerap 'Live' Di TikTok - "Bila Nak Berlakon Balik?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...