Abang Nara sangat terharu apabila melihat gambar-gambar majlis persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ini. Ini kerana bekas isteri Norman Hakim iaitu Abby Abadi turut bersanding bersama di atas pentas bersama suaminya, Jaiezzany. Satu ketika dahulu kontroversi yang melanda mereka memang cukup menyakitkan hati. Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Kini mereka adalah sebuah keluarga bahagia di samping pasangan masing-masing. Respek!!!
Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza dan telah dilangsungkan di IDCC Convention Centre, Shah Alam. Kira-kira 600 tetamu telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Persandingan ini adalah satu contoh terbaik bahawa tali silaturahim yang sudah terputus boleh disambung kembali sekiranya ada usaha untuk melakukannya.
Kata Norman Hakim:-
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar. Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi atas contoh yang sangat baik ini. Semoga kita yang mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan dapat belajar daripada mereka bertiga. Sama-sama kita doakan agar hubungan mesra ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.