Kelab peminat Fahrin Ahmad yang dikenali sebagai Fanatics FA telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan hari lahir beliau yang ke 37 dan ulangtahun perkahwinan pertama Fahrin dan isterinya Elena Hani.
Majlis itu diadakan di Restoran Peter dan Mawar dan kami cukup terharu melihat sokongan padu Fanatics FA terhadap aktor tersebut.
Selamat hari jadi yang ke 37 dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama buat Fahrin Ahmad. Semoga Fahrin dan isteri kekal bahagia lebih-lebih lagi dengan ketibaan cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis berkenaan dengan membaca entri ini sepenuhnya:
Kredit Foto : Instagram Fanatics FA