(22 FOTO) Feeya Iskandar Sinar FM Sah Bertunang Dengan Kekasihnya Rashid

Hiburan

(22 FOTO) Feeya Iskandar Sinar FM Sah Bertunang Dengan Kekasihnya Rashid

Hanya berkenalan selama 3 bulan, penyampai radio Sinar FM Feeya Iskandar membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan berrsama kekasihnya Rashid di Puncak Jalil sekitar waktu 9.15  malam Ahad lepas.

Feeya memberikan tujuh dulang hantaran kepada Rashid  dan dibalas lima dulang hantaran  daripada pihak lelaki. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali  dan dihadir oleh 100 orang tetamu. Kedua-duanya tampak anggun dan kacak mengenakan busan berwarna biru.

Advertisement

Buat Feeya meskipun perkenalan  mereka singkat, beliau merasa amat serasi dengan Rashid  yang mempunyai sikap penyayang dan romantik.

Walaupun hanya tiga bulan, Allah permudahkan semuanya dan kami mengambil keputusan untuk melanjutkan hubungan kami ke peringkat yang seterusnya. Saya sangat serasi apabila bersama tunang saya.

Rashid seorang yang cool dan romantik. Selain itu, dia juga penyayang dan seorang insan yang soft spoken. Dalam pada itu, Rashid juga ada sikap tegasnya yang begitu saya hormati.

Kata orang kalau betul-betul dah suka dan sesuai bersama tidak perlu bercinta lama-lama bukan? Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada anda berdua dan semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Jom kita layan foto sekitar majlis pertunangan Feeya dan Rashid dengan membaca artikel ini sepenuhnya:

Kredit foto: @orkidphoto


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...