21 Peratus Wanita Muslim Di Malaysia Percaya Suami Berhak Memukul Isteri Jika Nusyuz

Kehidupan

21 Peratus Wanita Muslim Di Malaysia Percaya Suami Berhak Memukul Isteri Jika Nusyuz

Di dalam satu kajian yang dilakukan oleh NGO Sisters In Islam (SIS) menunjukkan ramai wanita yang bersetuju suami boleh memukul isteri jika ingkar menerima arahan.

Kajian yang bertajuk “Perceptions and Realities: The Public and Personal Rights of Muslims in Malaysia” yang dijalankan itu mendapati sebanyak 21% dari 675 responden bersetuju dengan kenyataan itu.

Advertisement

Sebanyak 97% juga bersetuju isteri mesti mematuhi suami dan kepatuhan itu menetapkan wanita itu sebagai seorang isteri yang baik dan solehah.

Kewajipan tanpa kompromi untuk mematuhi suami itu membawa kepada banyak keadaan di mana isteri tidak mengambil kira bahaya atau ketidakadilan yang mungkin dilakukan terhadap mereka

Melanggar perintah suami termasuk keluar rumah tanpa izin suami dan enggan bersetubuh. Sementara itu, sebanyak 70% bersetuju suami berhak mengamalkan poligami tetapi hanya jika suami mampu melayan isteri secara adil.

Sebaliknya hanya 32% responden akan membenarkan suami berkahwin lain. Di dalam situasi lain, sebanyak 92% bersetuju isteri berhak meminta cerai dalam apa jua situasi.

wanita muslim bertudung
Menyentuh mengenai pemakaian hijab pula, sebanyak 90% responden bersetuju semua wanita Islam diwajibkan memakai hijab. Walaubagaimanapun, 62% responden tidak mengalami masalah jika ada wanita Islam yang enggan berhijab.

Tinjauan ini dilakukan dalam dua fasa antara 2018 dan 2019 oleh firma penyelidik Ipsos dimana mereka menemu bual wanita berusia antara 18 dan 55 tahun.

Melalui tinjauan ini juga, didapati terdapat keperluan untuk wanita Islam memaparkan kelakuan dan tingkahlaku yang baik demi mengelakkan persepsi negatif tentang Islam.

Sumber: FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...