Malam 16 Disember lepas telah berlangsung majlis Anugerah Instafamous 2017 yang dianjurkan oleh Hurr.tv di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Ia merupakan anugerah media sosial yang pertama di Malaysia, didedikasikan khas kepada para influencers yang telah mencetuskan impak yang luar biasa di dalam industri media sosial di Malaysia.
Ringkasnya, acara ini yang menggunakan tema stylish denim bukan sahaja meraikan malah memberikan penghargaan kepada para influencers menerusi kategori yang dipertandingkan. Terdapat lima calon dikemukakan untuk setiap kategori dan pemenang dipilih oleh Netizen.
Berikut ialah pemenang-pemenang untuk setiap kategori.
Inspirasi – Vivy Yusof
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Unggul – Neelofa
Fenomena – Alvin Chong
Pujaan Hati – Hannah Delisha
Versatil – Elfira Loy
Adiwira – Syafiq Kyle
#TillJannah – Nora Danish & Nedim Nazri
Idola #Mudah Terhibur – Zizan Razak
Paling LOL – Faiz Roslan (@thefaizroslan)
Paling Chantek – Nur Ameera Khan (@littlemisskhan)
Cas Sihat – Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)
Paling Ohsem -Nur Aisyah Mohd Razip (@cupcake_aisyah)
Paling Stylo – Johanis Sani (@j0.ms)
Paling Layan – Ismail Izzani (@ismailizzani)
Paling Kaaching – Ameerul Afiq (@kingafiqq)
Instagram merupakan satu platform yang menyaksikan ramai individu menjadi popular dan mengumpul ramai pengikut. Mereka-mereka ini mempunyai pengaruh yang besar pada Netizen dari segi gaya hidup, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Anugerah ini dianggap sesuatu yang boleh mengalakkan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencipta impak di kalangan Netizen Instagram. Tahniah diucapkan buat para pemenang! – beautifulnara.com