Mengakhiri tahun 2018 pasti pelbagai kenangan yang telah dikongsi di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
Semakin hampir dengan tahun baharu yang bakal tiba, aplikasi kegemaran ramai iaitu “favorite generator” kembali bagi menawarkan gambar-gambar terbaik anda sepanjang 2018 yang telah dikongsi di laman sosial seperti Instagram.
2018bestnine merupakan salah satu aplikasi yang terbaik bagi pengguna Instagram mengabadikan foto terbaik sepanjang tahun 2018 mereka.
Aplikasi ini turut menawarkan kolaj foto yang dikepilkan dari akaun instagram anda. Penggunaan aplikasi ini juga mudah dan boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna Apple dan Google Play bagi pengguna Android.

