Written by Bella | April 14th, 2016

Meskipun beberapa kali menafikan mereka sedang bercinta, Zizan Razak dan Vie Shantie Khan masih lagi menjadi tumpuan ramai. Beberapa pihak yakin mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan istimewa cuma tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon di majlis perkahwinan adik perempuan Vie.

Melihat mereka sedondon,  peminat mula mendoakan yang terbaik buat mereka dan merestui percintaan Zizan dan Vie.

Namu, Zizan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Entahlah! Selalunya saya akan post di Intagram, lepas itu dah tak tengok lagi. Sekarang baru tahu ia menjadi isu. Kalau tak, saya tak tahu. Sama ada peminat suka atau tidak, itu adalah pandangan orang. Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ia melibatkan pendapat masing-masing.

Walaupun rata-rata peminat mungkin setuju dengan ‘hubungan’ sebegitu, tetapi buat masa ini saya tidak dapat komen apa-apa kerana kami hanya kawan biasa. Hanya setakat itu sahajalah.

Sudah biasa dengan gosip-gosip liar seperti ini, Zizan bagaimanapun tidak marah akan segala persoalan yang diajukan kepada beliau.

Tak apa. Saya okey sahaja dengan gosip-gosip yang datang. Saya selebriti, jadi saya harus terima semua kenyataan itu dengan terbuka.

Kalau ada jodoh pun apa salahnya, tidak mengapalah. Biarkan sahaja mereka yang menentukan sejauh mana hubungan mereka berdua. Doakan je Zizan.

Sumber Berita : Mangga Online

Written by Bella | April 14th, 2016

Janna Nick bintang yang semakin menyerlah lebih-lebih lagi drama Suami Tanpa Cinta gandingan bersama Shukri Yahaya telah mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton.

Peminat menyifatkan pasangan ini cukup serasi bersama dan lakonan mereka tampak bersahaja tetapi masih ada kecomelan tersendiri.

Buat Janna, beliau sangat bersyukur dengan reaksi positif daripada penonton dan beliau juga cukup selesa bekerjasama dengan Shukri.

Saya anggap sambutan hangat pada drama ini sebagai permulaan baik pada kerjaya lakonan saya yang semakin diterima positif. Awalnya saya tak letak harapan tinggi.

Saya bersyukur keserasian dengan Shukri turut menggembirakan peminat. Sebenarnya, semua pelakon yang digandingkan dengan saya cuba cari keserasian dan tidak mahu lakonan yang tersekat-sekat. Macam Shukri, walaupun suami orang dia tidak meletakkan sebarang syarat pelik pada saya dari segi lakonan.

Janna sebenarnya tidak mahu tampak terlalu “over” ketika berlakon dan beliau sama sekali tidak akan melakonkan adegan berpelukan hanya untuk menarik perhatian ramai.

Saya dengan Shukri cuba tampilkan adegan mesra yang nampak sweet tetapi tidak melampaui batas. Biar orang tengok pun jadi suka dan tidak mengutuk. Saya takkan buat adegan berpelukan hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bukanlah takut kena kritik tetapi saya ini pelakon yang sentiasa mahu menghiburkan semua masyarakat. Jadi kalau orang suka melihat lakonan saya sudah tentu ianya memuaskan hati saya.

Mungkin ada pihak yang berpendapat bahawa adegan berpelukan serta romantis boleh melariskan sesuatu karya tetapi cara seseorang pelakon itu “menghidupkan” watak itu yang lebih memberikan kesan didalam hati penonton.

Sumber Berita : Mangga Online

Written by Bella | April 14th, 2016

Percubaan Sharnaaz Ahmad untuk menjadi pengacara bagi program Gempak Superstar mengundang beberapa komen negatif.

Mereka berpendapat Sharnaaz kelihatan agak kaku dan tidak begitu pasti dengan apa yang beliau lakukan ketika mengacara.

Walaubagaimanapun, mengenali Sharnaaz beliau sememangnya seseorang yang tidak begitu peduli dengan kritikan negatif. Buat Sharnaaz, beliau sedar  kewudujan media sosial kini sudah menjadi medium untuk menghentam seseorang individu itu.

Sharnaaz juga tidak meletakkan harapan tinggi agar mereka yang menonton menerima cara beliau ketika menjadi pengacara.

Mulut orang tidak boleh ditutup, apa sahaja komen negatif daripada mereka, kita hanya boleh dengar sahaja. Saya sendiri tidak mahu perkara tersebut mengganggu prestasi kerja.

Silap atau tidak, ada sahaja pendapat dilemparkan di media sosial. Sudah lumrah dalam dunia seni, apa dilakukan menjadi perhatian.

Mengakui bukan mudah untuk menjadi pengacara, Sharnaaz berkata beliau akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Kali pertama diberikan tanggungjawab sebagai hos memang sukar bagi saya. Sementelah ia adalah sebuah rancangan live bukannya dirakam terlebih dahulu. Tetapi, saya ambil daripada sudut positif dan berusaha memberikan yang terbaik.

Mencuba sesuatu buat kali pertama dan secara live lagi memang akan ada rasa nervous.  Kalau yang mengkritik berdiri di atas pentas dan mengacara, boleh ke mereka buat?  Mungkin ada part yang Sharnaaz Ahmad kelihatan agak kekok tetapi berilah beliau peluang untuk biasakan diri dahulu.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | April 14th, 2016

Semalam merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Yatt Hamzah yang ke 36. Sebuah majlis yang sederhana telah diadakan bagi menyambut hari jadi beliau di Masjid Wilayah Persekutuan.

Sambutan hari jadi itu hanya dihadiri oleh suami beliau, teman rapat serta beberapa pekerja Yatt. Jelas sungguh sinar kebahagiaan di wajah Yatt ketika bersama suami beliau.

Kami di Beautifulnara mengucapkan selamat hari lahir buat Yatt Hamzah, semoga panjang umur dan bahagia bersama suami dan anak tercinta. InshaAllah kekal sehingga ke akhir hayat.

Jom layan beberapa foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran Yatt Hamzah  dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 30 of 54« First...1020...2829303132...4050...Last »