Harley-Davidson telah mengumumkan ahli baru keluarga Sportster mereka, sebuah jentera yang dibina dengan gaya klasik iaitu Roadster. Diilhamkan oleh motosikal lumba vintaj dari tahun 1950-an dan 1960-an yang mempunyai fender kecil, tangki bahan api kecil, dan rekabentuk yang direka untuk memecut. Roadster merupakan jentera yang menggabungkan prestasi moden dan reka bentuk retro yang dibuat dengan menggunakan komponen premium. Model Roadster dilengkapi dengan 1200cc enjin V-Twin air0cooled, bar rendah, dual ekzos dengan mufflers krom, dan akan ditawarkan dalam empat pilihan warna. Harga untuk pasaran US sekitar USD11,200.