Written by serenity | April 11th, 2015

Tindakan Johan Raja Lawak mencium bibir isterinya Ozlynn Watie apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori penyampai radio paling popular ABPBH 2014 mengundang kontroversi. Ramai yang mempertikaikan tindakan Johan dan ada juga yang menyokong atas alasan mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri.

Free Malaysia Today telah mendapatkan pandangan dari Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman yang menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian harus disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkahwin.

Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.

Misalnya, sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri.

Begitulah pandangan Ustaz Hassan. Perkara yang sudah berlaku tidak boleh diubah lagi tetapi pandangan ustaz boleh dijadikan panduan di masa hadapan. Walaupun sudah halal, simpanlah kemesraan yang teramat itu sebagai perihal peribadi suami dan isteri.

Sebagai orang Melayu kita kena mengambil kira perihal agama Islam dan adat zaman berzaman yang perlu dijunjung, tak gitu?

Written by Bella | April 11th, 2015

Baru mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin dihimpit kontroversi dimana ada pihak yang menuduh beliau menanggung  makan minum suaminya Fadzil Zahari. Malah, ramai sebenarnya mempersoalkan apakah pekerjaan sebenar Fadzil.

Yana dalam kenyataan kepada media baru-baru ini telah menepis dakwaan liar tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu salah faham serta tuduhan tidak berasas. Jelas Yana, suaminya itu aktif serta bijak dalam dunia perniagaan dan bersikap rendah diri meskipun beliau merupakan adik kepada pelakon popular Farid Kamil.

Dakwaan itu tidak benar kerana dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan.

Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil.

Untuk pengetahuan anda, Fadzil mempunyai sebuah syarikat dikenali dengan nama Prokuya Studios, yang merupan sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun Yana tidak mahu bernaung di bawah syarikat suami tercinta kerana lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti.

Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya namun saya terbuka dalam menerima pendapat daripada suami berhubung kerjaya saya.

Tidak mengetahui tentang latar belakang seseorang, bukan bermakna kita berhak untuk menuduh sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. Fadzil Zahari adalah seorang yang cukup merendah diri. Inilah sikap yang harus di contohi oleh orang lain, buat kerja secara senyap tetapi hasilnya cukup hebat. Jangan hanya pandai cakap tapi kata orang habuk pun tarak.

Sumber Berita: mStar Online

 

Written by serenity | April 11th, 2015

Setelah 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan baru kini Siti Elizad Sharifuddin menempa populariti. Namanya mula disebut sejak berlakon drama yang disiarkan di slot Akasia TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan bergandingan dengan Ungku Ismail.


 photo 10706685_509252559229517_389932377_n.jpg
Elizad mengakui telah melangsungkan pernikahan secara rahsia dengan seorang duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari lalu dan malam tadi pelakon ini telah melaksanakan majlis berinai buat dirinya sebelum majlis resepsi yang berlangsung pada hari ini.

Semoga segalanya dipermudahkan buat Elizad dan suami. Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Raja Engku Puteh merupakan pemerintah di Negara Cempura Emas setelah kemangkatan ayahandanya. Baginda sangat disukai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 April 2015

 
Written by serenity | April 11th, 2015

Tahun ini, Jep berusia 30 tahun. Pelawak itu menyambut ulangtahun kelahirannya dengan kekasih, pelakon Nazeera Sardi di Hotel Pullman. Usia Jep genap 30 tahun pada 9 April lepas.


 photo 928767_664425360328317_1754449707_n.jpg

Mengenakan sut kasual warna biru makanalaa Nazeera mengenakan gaun labuh corak hitam dan putih. pasangan ini kelihatan sempoi sekali. Persoalannya, bila nak ke jinjang pelamin? Hehe. Semoga anda berdua kekal hingga ke gerbang perkahwinan.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selamat Maju Jaya kpd semua Delegasi Persembahan yg menjayakan Minggu Budaya Malaysia Paris

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 11 April 2015