Written by AbangNara | September 15th, 2014

Demam Zul Ariffin dan Ayda Jebat nampaknya masih belum kebah lagi. Setelah sekian lama menanti, akhirnya rating untuk drama Rindu Awak 200% telah pun dikeluarkan. Drama ini telah berjaya mencecah 4.4 juta penonton di kaca televisyen dan lebih 3.2 juta di portal Tonton. Satu angka yang amat memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan drama ini.

rindu awak 200

Walaupun tidak dapat menandingi kehebatan rating drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Love You Mr. Arrogant, drama ini ternyata mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Agak mengecewakan apabila drama yang mengantikan Rindu Awak 200% iaitu Maaf Jika Aku Tidak Sempurna lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali kurang mendapat sambutan. Hmmmm. Mungkin semua orang nak Zul Ariffin je kot?

zul ariffin

Tak sabar rasanya mahu melihat Zul Ariffin tampil dengan buah tangan terbaru. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Zul adalah ‘lelaki pujaan’ wanita-wanita di Malaysia sekarang ini. Semoga momentum Zul dan Ayda akan berterusan dengan drama seterusnya,

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Apa khabar anda hari ini? Esok adalah cuti umum jadi pastinya hari ini ramai yang mengambil cuti untuk mendapatkan hujung minggu yang lebih panjang. Sabtu Ahad Isnin dan Selasa. Memang sesuai sangat untuk membawa keluarga berjalan-jalan. Agaknya itulah yang dilakukan oleh Ashraf Muslim bersama isteri-isteri dan anaknya apabila mereka berkongsi gambar menikmati keindahan bandar Melaka. Seronok Abang Nara tengok ‘one happy family’ ini naik beca beramai-ramai. Meriah!!!

sambutan hari jadi ashraf muslim

Selain itu gambar Ashraf Muslim, Wan Sakinah, Dayana dan anak mereka memegang kek bersama-sama sempena hari jadi pelakon tersebut adalah sangat indah untuk ditatapi. Paling comel si ‘baby’ yang turut sama memegang tangan kedua-dua ibunya. Cute sangat-sangat. Geram Abang Nara.

sambutan hari jadi ashraf muslim

Selamat hari jadi diucapkan buat Ashraf Muslim. Semoga terus menjadi contoh yang baik kepada mereka di luar sana yang bercita-cita ingin berpoligami. Semoga keluarga anda terus bahagia seperti sekarang dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Amin.

P.S: Chevrolet Malibu yang membuatkan hati ini terpaut

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Tersentak hati para peminat Kpop apabila Seungri daripada kumpulan Big Bang telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada hari Jumaat yang lalu. Mana tidaknya, sebelum ini 2 ahli kumpulan Ladies Code telah meninggal dunia akibat kejadian yang sama. Namun begitu para peminat Seungri boleh menarik nafas lega kerana penyanyi itu disahkan selamat walaupun pengalami pendarahan dalaman. Seungri hanya perlu berehat di hospital selama lebih kurang seminggu untuk pulih sepenuhnya.

seungri big bang kemalangan

Kereta Porsche yang dipandu oleh Seungri telah pun bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz menyebabkan ia berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Seungri disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku. Di bawah ialah video kemalangan tersebut.

Semoga Seungri segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | September 14th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru, pada jam 10.25 malam Jumaat yang lalu. Mon Ryanti sebelum ini pernah membintangi filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Mantera dan Hantu Dalam Botol Kicap. Selain berlakon, Mon Ryanti juga merupakan seorang penyampai radio Ultra.fm.

gambar kahwin mon ryanti

Dengan hanya sekali lafaz, Mon Ryanti telah sah bergelar isteri kepada ah bergelar isteri kepada Mohd Hasrul Ali, 26 tahun.  Mas kahwin berjumlah RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000 telah diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

gambar kahwin mon ryanti

Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan pasangan atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Tahniah!!!

Page 22 of 38« First...10...2021222324...30...Last »