Written by AbangNara | September 15th, 2014

Jika anda tidak tahu, Izara Aishah baru-baru ini telah memaklumkan yang dirinya kini sudah solo. Tiada lagi kekasih yang bertakhta di hatinya. Cintanya kini kembali untuk dimiliki. Selepas pengumuman tersebut, tup-tup nama Adib Khalid, anak tiri Siti Nurhaliza dikaitkan dengan pelakon comel tersebut. Namun Izara telah menafikan desas-desus yang bertiup kencang ketika itu dan menyatakan Adib hanya kawan lamanya.

adib khalid

Namun desas-desus itu kembali bertiup kencang apabila gambar di bawah ini tersebar di media sosial. Izara dan Adib kelihatan amat mesra sekali. Kalau tak tahu, mesti dah ingat pasangan kekasih dah. Kalau betul kekasih pun apa salahnya kan? Dua-dua pun nampak sama cantik sama padan. Tak gitu?

izara

Tak sabar menanti penjelasan daripada Izara atau Adib mengenai hal ini. Mungkin mereka akan katakan yang hubungan mereka tidak lebih daripada ‘teman biasa’. Hmmm. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Proton Iriz dan Tun M di Pavillion

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Bertunang sejak Mei lalu, Alyph daripada kumpulan Sleeq telah pun sah bergelar suami kepada Azzah Fariha pada hari Sabtu lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 11.30 pagi lower Dome, Gardens by the Bay, Marina Bay Sands, Singapura. Dengan sekali lafaz, Azzah Fariha telah menjadi milik Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah.

alyph sleeq kahwin
Majlis resepsi pasangan ini telah diadakan pada sebelah petang di hari yang sama. Untuk makluman, seorang lagi anggota Sleeq iaitu Syarif akan mendirikan rumah tangga pada bulan November ini.
alyph sleeq kahwin
Selamat pengantin baru diucapkan buat Alyph dan isteri. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Erin Malek dan tunangnya, Farriz Fauzy telah didakwa berkelakuan ‘manja’ tahap tinggi sehingga menyebabkan orang ramai tidak selesa melihat kelakuan mereka di Matta Fair baru-baru ini. Malah apabila ditegur Erin Malek dikatakan buat tidak tahu dan bersikap lebih romantik selepas itu. Hmmmmm. Untuk makluman, Erin dan kekasih akan bergelar suami isteri pada 10 Oktober ini selepas mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu.

erin malek

Seperti yang kita maklum, orang kat Matta Fair memang penuh sampai nak jalan pun tak boleh. Mungkin suasana yang sesak menyebabkan Erin dan tunang lebih rapat. Iyerlah, takut hilang. Nak cakap pun kenalah dekat-dekat sebab bising dengan bunyi sekeliling. Kata Erin:-

Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya. Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja.

Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu. Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah.

Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi. Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan

erin malek

Hmmmmm. Biasalah tue kalau dah nama selebriti memang semua orang akan pandang. Buat apa pun akan diperhatikan. Salah sikit pasti kena bambu. Asalkan perlakuan Erin dan tunang tidak salah dari sisi agama sudahlah. Nanti lepas kahwin diharap teruskan kekal manja sebegini. Barulah orang lain tak boleh nak cakap apa-apa. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Isu 300 tentera Amerika mendarat di Malaysia

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Akhirnya penyingkiran yang ditakuti oleh kesemua pelajar Akademi Fantasia 2014 telah pun bermula semalam. Konsert kedua program realiti ini menyaksikan Wawa atau nama penuhnya Walfadhilah Suhaizat, 19 tahun menjadi peserta pertama terkeluar. Wawa telah menyanyikan lagu Wajah Kekasih dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Secara jujur, memang prestasi Wawa semalam kurang memberangsangkan.

wawa af2014

Konsert semalam juga menyaksikan gandingan Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pengacara buat pertama kali. Boleh tahan juga keserasian mereka. Lawak-lawak yang dibuat memang menjadi. Walaupun sebelum ini ramai yang berpendapat Jihan wajar dikekalkan sebagai pengacara, namun nampak gayanya Faizal Ismail telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Tahniah diucapkan.

wawa af2014

Sepanjang Abang Nara menonton Akademi Fantasia 2014 semalam, masih tak nampak mana-mana pelajar yang mempunyai aura seorang juara. Itu perkara biasa kerana baru minggu kedua. Diharap minggu ketiga kelak akan muncul 2,3 orang pelajar yang akan memberikan persembahan memukau. Setakat ini, pelajar lelaki iaitu Azwan Satar dilihat mendahului carta undian. Sama-samalah kita nantikan siapa yang bakal tersingkir minggu hadapan. Apa kata anda?

Page 21 of 38« First...10...1920212223...30...Last »