December 31st, 2011

Eh, anda mungkin ada pendapat yang lain tetapi rasanya anda mungkin akan bersetuju yang selebriti paling popular untuk tahun 2011 ialah tak lain dan tak bukan, pelakon kacak Aaron Aziz. Komen menarik penulis blog rebiu filem terbaik, That Movie Blogger Fella :

Rupanya yang kendu gilababi sudah tentu membantu, tetapi beliau juga ada kemahiran disebalik kehensemannya.

Boleh kami katakan, nama Aaron Aziz meningkat secara mendadak selepas dia terbabit dengan drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia beberapa bulan dahulu. Tidak seperti pasangannya Siti Saleha yang sedikit tenggelam selepas Nora Elena, keterlibatan Aaron Aziz dalam beberapa filem yang mendapat kutipan tinggi seperti KL Gangster dan Ombak Rindu telah meningkatkan lagi populariti beliau.

Rasanya ini juga berkait rapat dengan hakikat yang pelakon ini mempunyai personaliti yang menyenangkan, perhubungan awam yang baik dan isteri beliau, Diyana Halik, seorang pengurus yang efektif dan bijak dalam menguruskan kariernya.

Adakah Aaron akan mengekalkan popularitinya untuk tahun 2012? Hanya usaha dan masa yang akan menentukannya.

Apa pun, selamat maju jaya, Aaron Aziz. Kredit gambar, We Love Aaron Aziz.


15 responses to “2011 Highlight: Selebriti Paling Popular, Aaron Aziz”

  1. KU SALMI says:

    AARON SI MACHOOOOO ! walaupun digilai ramai, namun masih setia pada yang satu, sis DiyanaHalik. anak dah tiga dah punn… :’D

  2. layankan aje la says:

    bln puase yg lps ade la skali b’buke skali ngn aaron kt prince htl.. tp sengih2 je la smbl m’perkenalkn dri.. xde rse nk bergmbr or pape.. tp lps tgk ombak rindu baru la ade feel tergedik2 nk jmpe aaron balik.. hahah.. lolxx
    btw congrats la 4 u aaron.. :)

  3. huhuhu says:

    AARON AZIZ Popular?..tapi filemnya 2 ALAM dan DATIN GHAIRAH tak smpi 1 juta pun kutipan..knp?..semua pun bergantung pd tarikan dan cerita yg bgs..pasangan lakonnya pun faktor..shahezy sam semua filem lakonannya mencapai 1 juta ke atas..itu baru popular dan terbaik..jd cerita AARON paling popular adalah tidak benar SHAHEZY SAM masih di atas..

    • mak limah dah trim rambut... says:

      Dah boring… sbb kalau dia masih dgn MIG maka dgn byk cite2 merepek yg dia acting tu maka boleh memakan dirinya sebagai pelakon yg baik…

  4. miss wawa says:

    Aaron Aziz memang TERBAIK!!!! Tapi saya lagi suka Adi Putra!! Bibir dia tersangat lah seksi!!!! Awwwww!!!!

  5. FaraSS says:

    Hahh ? Siti Saleha sedikit tenggelam ? Haishh , bagi saya dia lagi popular adalahh ! Mungkin nama sunyi sekejap sebab dia tak ada di Malaysia . Hee , untuk pesanan terakhir . Bagi peminat siti saleha di luar sana , siti saleha tak tenggelam dan sentiasa TERTIMBUL <3

Loading...