Written by AbangNara | July 15th, 2010

badrul muhayat
Apa nak jadi dengan Badrul Muhayat nie? Isteri dia, Julia Daud penat-penat pergi jamin nak keluarkan dia dari lokap, tup-tup Badrul Muhayat boleh mengasari dan rampas pulak duit jamin tue. Rm2,500 tue. Kejam sungguh.

Masa duduk dalam lokap pandai pulak memujuk merayu kat isteri supaya jamin dia. Paling tak tahan lepas dijamin oleh bini dia, ada seorang wanita menunggu kat kereta untuk bawak Badrul Muhayat pergi. Memang tak berhati perut dan tak mengenang budi langsung kan?

Nielah jadinya kalau lelaki yang sepatutnya jadi ketua keluarga tapi buat keluarga lagi jadi porak peranda. Buat malu kaum lelaki je. Drop my waterface also. Harap-harap isteri Badrul Muhayat buat langkah terbaik iaitu berambus jer daripada hidup dengan laki macam nie. Takder pedah.

Sekarang nie si isteri pulak yang terpaksa tanggung segala hutang si suami. Si suami hilang entah ke mana. Nasib baik dah buat lapoar polis. Tunggu masa jerlah nak masuk lokap balik nampaknya.

Sumber cerita daripada Harian Metro.

Written by AbangNara | July 15th, 2010

annahita bakavoli

Secara ikhlas kami tak kenal siapakah Annahita Bakavoli ini. Tapi baru-baru ini ada pembaca kami suruh carik info pasal gelaran Datin yang dia terima. Carik punya carik akhirnya kami dapat jumpa jugak. Memang dah sah yang Annahita Bakavoli ini sudah berkahwin dengan Datuk Saiful Baha, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Khabarnya dia baru sahaja berkahwin Sabtu lepas.

Mereka berdua berkenalan kurang daripada setahun sebelum berkahwin. Annahita menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000. Kini berusia 28 tahun, Annahita katanya akan berusaha secepat mungkin untuk bergelar seorang ibu. Very good ~~

Tahniah buat Annahita yang sudah pun bergelar isteri orang. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga akhir hayat.

Written by AbangNara | July 15th, 2010

tom tak ada myspace

Wah. Diorang nie memang suka berbalas-balas kenyataan la. Keluarga mangsa keluarkan bukti SMS dan bukti mesej kat MySpace, Tom balas balik pasal SMS tue. Katanya dia diperangkap untuk menjawap SMS tue secara kasar. Bagi kami, nampak macam tak logik sangat alasan nie. Mungkinkah ini cara terakhir Tom untuk cover line?

Tom claim yang adik kepada mangsa yang mula-mula hantar SMS kesat kepada dia. Tapi bila ditanya pasal bukti, Tom kata dia tak simpan SMS itu semua. Sebabnya dia tak sangka benda macam nie akan terjadi. Memang Tom-Tom Bak betullah.

[note]Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu. Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya. [/note]

[note]Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya. Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas. Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama. Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut. [/note]

Sila baca berkali-kali ayat “kalau anda di tempat saya, mungkin akan melakukan perkara yang sama”. Jadi kami nak tanya anda pembaca BeautifulNara yang bijak budiman, adakah anda akan melakukan perkara yang telah Tom lakukan? Sila jawap dengan jujur.

Dan mengenai mesej MySpace pulak, Tom cakap dia tak pernah pun ada akaun MySpace. Katanya itu semua fitnah belaka. Tiada yang benar melainkan bohong belaka.

Kami tahu anda bosan dengan cerita artis tak popular ini, tapi kami cuma nak update perkembangan buat mereka yang mahu mengetahui apakah finale kisah ini.

Written by AbangNara | July 15th, 2010

gambar nikah aida gadis melayu

Dulu kami ada kongsikan gambar perkahwinan Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam TV3 tapi gambarnya tak berapa banyak sangat. Baru-baru ini ada readers yang sudi berkongsi gambar perkahwinan mereka berdua untuk tatapan kita bersama. Tak jemu mata memandang Aida ini. Memang gadis Melayu betul.

UPDATE: Kesian betul kat pasangan pengantin baru nie kena tipu dengan MLM baru-baru nie. Kami dah banyak kali nasihat kat kawan-kawan real life kami agar jangan terlibat dengan MLM. MLM bukan untuk semua orang. Lagipun MLM kat Malaysia nie banyak yang menipu je. So kepada pembaca BN pun, harap-harap tak terlibat dengan MLM.

Lagi 19 gambar sekitar majlis perkahwinan Aida Gadis Melayu dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sedihnya Messi kena tarik rambut ngan Maradona.

 
Page 10 of 17« First...89101112...Last »