Pada malam 24 Mac 2012 yang lepas, Polis Diraja Malaysia telah menyambut ulangtahun yang ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan penuh gilang-gemilang. Sambutan penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dengan kejadiran kira-kira 7,000 tetamu kehormat dan orang ramai yang turut sama meriahkan majlis sambutan tahun ini.
Antara pertunjukan yang memukau pengunjung pada malam itu adalah payung terjun, akrobatik bermotosikal, aksi tempur oleh 69 Komando dan aksi bertempur dengan penyerang hendap oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Selain pameran dan pertunjukan daripada pelbagai Jabatan dalam pasukan PDRM, maskot ‘Harimau Biru’ turut diperkenalkan sebagai lambang penjenamaan semula pasukan itu. Lagi 198 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih pihak Polis, atas sumbangan 205 tahun menjaga keselamatan negara. Kredit gambar, Facebook Polis Diraja Malaysia, sila like beramai-ramai.

honeybooboo
May 15, 2014 at 10:00 am
Ayah juga bekas polis..pasukan polis hutan sebelum nama ditukar ke PGA sekarang..dgn gaji n peluh berkhidmat itu lah kami beradik berjaya sekarang…jasa dan pengorbanan anggota polis tidak ternilai..sentiasa siap siaga menghadapi bahaya utk memastikan kita tidor nynyak dan hidup dlm aman..TERIMA KASIH PDRM…
nur khalijah
December 25, 2013 at 10:48 pm
saya bercita-cita ingin menadi polis tapi ibu saya tak bagi . jadi bila diselidik betul2 ada juga peluang walaupun sekadar PVR , ble masuk U nak join suksis , sekarang ni kat sekolah menengah pun masuk Kadet polis . syabas PDRM kerana telah menyedarkan saya akan semangat patriotik dan semangat ingin berbakti kepada negara .
epol
August 31, 2012 at 9:09 pm
PDRM terbaik walau ramai x mengerti jasa and keberanian polis tetapi jika di perhimpunan bersih ramai polis yg kena fitnah oleh peserta2 bersih…………