Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

20 Tahun Kongsi Bakat Nyanyian, Pemergian Siti Sarah Pasti Dirindui

siti sarah

Pastinya semua masih bersedih dengan berita pemergian Siti Sarah Raissuddin selepas mengalami komplikasi akibat COVID-19. Dikenali ramai kerana suara yang merdu dan personaliti yang ceria, sudah pasti ramai yang terkesan dengan berita ini.

Permulaan karier

Siti Sarah Raissuddin ternyata mewarisi bakat nyanyian daripada ayahnya, Raissuddin Hamzah yang popular dalam industri hiburan tanah air pada sekitar 1980-an.

Advertisement

Bakatnya mula menjadi tontonan ramai apabila dia berjaya disenaraikan sebagai finalis bagi rancangan Bintang RTM pada 2001. Malah Siti Sarah juga pernah menyertai program realiti ‘One In A Million’ pada tahun 2002 namun hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga.

siti sarah

Bakat diiktiraf

Merupakan seorang yang berbakat besar, Siti Sarah pernah menggondol pelbagai anugerah berprestij seperti ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Album Pop Terbaik’ dan ‘Album Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003). Bahkan, wanita tersebut turut dinobat sebagai ‘Artis Baru Wanita Terbaik’ pada Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003).

‘Sandarkan Pada Kenangan’ jadi siulan

Siti Sarah kemudiannya terus menerima pujian ramai apabila apabila lagu duetnya bersama Jamal Abdillah iaitu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ menjadi siulan ramai dan dimainkan di corong radio selama berbulan lamanya. Terbukti, bakatnya yang besar mampu mengiringi dengan kehebatan penyanyi veteran.

Advertisement

Harumkan nama Malaysia

Pada 2009, Siti Sarah telah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts (WCOPA) di mana dia berjaya membawa pulang tiga emas buat Malaysia.

Mengikat kasih abadi

Sekian lama bercinta, wanita itu kemudiannya mengikat tali perkahwinan bersama pelawak, Shuib Sepahtu pada tahun 2011. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurnikan empat cahaya mata  iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Ramai yang mencemburui pasangan ini kerana mereka yang bangkit bersama-sama daripada bawah sebelum berjaya mencipta nama sendiri sehingga berjaya kini.

siti sarah

Gegarkan ‘Gegar Vaganza’

Berehat lama daripada dunia nyanyian, Siti Sarah membuktikan bahawa bakatnya masih lagi berbisa apabila sentiasa memberikan persembahan terbaik ketika program Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016. Membanggakan apabila dia berjaya menduduki tempat naib juara untuk musim tersebut sekaligus membuktikan kehebatannya sebagai penyanyi.

Antara lagu popular yang pernah dirakamkannya ialah Kesetiaan, Ku Teruskan, Ke Hujung Dunia, Pesan Mamaku, Saat Hilang Cintamu, Jangan Kau Mimpi, Tinggalkan Diriku, Mimpi Pun Sama, Bersamamu, Cinta Itu Nyawa (duet bersama Shuib), Semakin dan banyak lagi.

Advertisement

Bidadari syurga buat suami

Sering menceriakan suasana dengan telatah kelakarnya, walaubagaimanapun ramai berasa risau apabila kesihatan wanita itu mula merosot selepas disahkan positif COVID-19 seminggu yang lalu. Sedang mengandungkan anak ke-4, Siti Sarah kemudiannya di bawa ke hospital kerana paras oksigen yang rendah.

Terpaksa ditidurkan, Siti Sarah selamat melahirkan bayi pra-matang bernama Ayash Affan pada 7 Ogos lalu. Walaubagaimanapun, keadaan wanita itu masih berada dalam fasa yang membimbangkan.

siti sarah

Ternyata Allah lebih sayangkannya, Shuib menyampaikan berita sedih mengenai pemergian ‘bidadari syurga’nya tepat jam 5.13 pagi pada 9 Ogos. Reda, lelaki itu menerima berita tersebut dengan hati yang rela.

Menerima ucapan yang baik daripada rakan selebriti dan orang ramai, pemergian Siti Sarah diiringi dengan doa yang baik.

Semoga syurga buatnya, Al-Fatihah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top