20 Tahun Dalam Bidang Seni, Ifa Raziah Masih Ditawar Bayaran RM500

Hiburan

20 Tahun Dalam Bidang Seni, Ifa Raziah Masih Ditawar Bayaran RM500

Sedih Abang Nara mendengar apa yang berlaku kepada Ifa Raziah. Walaupun sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, masih ada juga pihak yang menawarkan pelakon/penyanyi ini bayaran seciput RM500. Kalau Abang Nara jadi Ifa Raziah, memang terbakar juga jiwa dibuatnya. Iyerlah, Ifa bukanlah orang baru, pengalaman pun banyak, persembahan pun tip-top dan paling penting, menghiburkan. Takkan bayar RM500 je kot?

ifa raziah

Advertisement

Lebih menyedihkan apabila artis baru yang muka pun tak berapa dikenali boleh diberikan tawaran beribu-ribu ringgit. Kadangkala pihak penganjur kenalah faham artis senior ini tua-tua berisi. Janganlah sebab artis lama, dipandang sebelah mata sahaja. Kata Ifa Raziah kepada wartawan ManggaOnline:-

Nak Ifa menyanyi, ada juga yang nak Ifa berlakon tapi nak bayar Ifa, RM500 saja. Ada ke patut Kak? Bila Ifa cakap macam ni, nanti ada yang kata Ifa ni demand pulak. Ada juga yang kata Ifa belum menang sebarang anugerah jadi tak boleh nak demand sangat.

Kak, Ifa ni bukannya jenis orang yang letak harga. Tapi setelah 20 tahun pengalaman dalam bidang ini, Ifa rasa Ifa layak menerima bayaran yang sepatutnya. RM500 tu bayaran masa Ifa baru-baru keluar menyanyi dulu Kak. Sekarang dah tahun 2015, semua benda pun dah nak ada GST.

Kadang-kadang Ifa tak faham, boleh pulak diorang bayar lebih tinggi kepada artis baru. Soal kurang pengalaman nampaknya tidak diambil kira. Ifa kenalah ada harga diri juga Kak. Diri Ifa adalah produk kepada nama Ifa Raziah.

ifa raziah

Di Malaysia ini sememangnya artis senior kurang dipandang oleh kebanyakan pihak. Nasib baiklah semenjak dua ini ada program seperti GegarVaganza yang mampu memberikan publisiti kepada artis-artis senior. Sekurang-kurangnya bila bagi tawaran itu, biarlah berbaloi dengan masa dan tenaga. Kesian juga kat Ifa Raziah dan mereka yang seangkatan dengannya. Diharap lebih banyak pihak yang prihatin.

ifa raziah

P.S: Wah!!! Nampak ekslusif dan menarik kad kahwin ini kan? Sekarang ini memang tak banyak pilihan kad kahwin yang ekslusif, menarik dan betul-betul nampak macam utusan raja sehari. Lagi best bila harga pun berpatutan dan banyak pilihan. Jadi tunggu apa lagi? ‘Lets Invite Your Guests In Style’ bersama www.duasejoli.com.my. Selamat pengantin baru!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...