8 Lokasi Paling Berbahaya Untuk Dipandu Di Dunia , No 7 Paling Ngeri

Trending

8 Lokasi Paling Berbahaya Untuk Dipandu Di Dunia , No 7 Paling Ngeri

Hampir 1.3 juta orang dianggarkan mati dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di seluruh dunia, dengan purata 3,287 kematian dilaporkan setiap hari menurut laporan dari Pertubuhan Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa.

Advertisement

Kami kongsikan kepada anda 8 lokasi paling berbahaya untuk dipandu di seluruh dunia yang mencatatkan bilangan kematian dalam kemalangan jalan raya yang tinggi setiap tahun.

1. Eritrea

Eritrea berada di dalam senarai berdasarkan angka kematian yang di catatkan dengan kadar 48.4 kematian dari 100,000 penduduk, menjadikan ianya antara tempat paling mengerikan untuk dipandu menurut Oganisasi Kesihatan Sedunia.

Jalan utama di sana berada dalam keadaan yang sangat teruk dan berlubang. Tiada tanda amaran atau tanda peringatan di sepanjang jalan raya.

Risiko tinggi dalam pemanduan di sana membabitkan kehadiran haiwan merbahaya, pejalan kaki dan penunggang basikal di jalan. Undang-undang jalan raya di sana juga turut di pandang remeh oleh kebanyakan pemandu.

2. Republik Dominican

Kadar kematian jalan raya di sini adalah 32 berdasarkan UMTRI.

Setiap tahun, 29 dari 100,000 orang di Caribbean dilaporkan mati dalam kemalangan jalan raya berdasarkan laporan keselamatan jalan raya dunia 2015.

Memandu dalam keadaan mabuk, memandu melebihi had laju ditetapkan, membuat pertukaran lane jalan secara tiba-tiba dan tidak memberi perhatian terhadap tanda amaran berhenti menyumbang kepada faktor kemalangan jalan raya di negara ini.

3. Libya

Kadar kemalangan jalan raya di Libya adalah 73.4 dari 100,000 orang.

Lebih dari 3,606 kematian dilaporkan pada tahun 2013. Di Libya, memandu melebihi had laju di tetapkan adalah masalah besar di sini.

4.Thailand

Kadar kematian di Thailand berada di 30 dari 100,000 orang menurut pelbagai sumber.

Memandu melebihi had laju, memandu secara mabuk dan melanggar undang-undang jalan raya adalah penyumbang kepada faktor kematian kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini.

5. Iran

Iran merupakan negara paling merbahaya untuk memandu kereta.

Trafik jalan raya di sana sangat sibuk dan sesak. Hampir 20,000 orang mati setiap tahun disebabkan kemalangan jalan raya dan merupakan penyebab kedua yang menyumbang kepada faktor kematian yang tinggi di negara itu.

Pemandu melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan laluan pejalan kaki, tidak mengikut lane yang ditetapkan adalah perkara biasa di sana yang menyumbang kepada kadar kematian ini.

6. Namibia

Di Namibia,keadaan jalan raya yang luas, senyap dan tidak sibuk membuatkan para pemandu di sana ‘gian’ dan terus menekan pedal minyak untuk memecut laju.

Kadar kematian di Namibia juga antara yang tertinggi dengan 42 dari 100,000 orang. Di sini sekiranya berlaku kemalangan, capaian nombor telefon kecemasan adalah sangat sukar.

7. Tanzania

Dengan suasana dan keadaan cuaca yang kering dan panas membuatkan keadaan jalan di sini dipenuhi debu dan habuk yang tebal serta susah untuk dihilangkan.

Keadaan ini membuatkan kadar kemalangan di sini menjadi tinggi. Keadaan jalan di sini sangat teruk terutama di sebelah barat.

8. Liberia

Kadar kematian di Liberia adalah 33.7 dari 100,000 orang.

Terdapat undang-undang yang menegah dari memandu dalam keadaan mabuk dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Tetapi tiada undang-undang diwujudkan untuk penunggang motosikal yang tidak memakai helmet, pemandu tidak memakai tali pinggang keledar dan membenarkan kanak-kanak duduk di bahagian depan motosikal.

Keadaan jalan raya di sana juga sangat teruk dan tidak berturap.

Kenderaan di sana dipenuhi dengan orang dan barangan seharian. Malah mereka sentiasa memberhentikan kenderaan tanpa memberi signal terlebih dahulu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...