20 Jam Berpuasa, Waktu Berbuka Dan Bersahur Hanya Selang Kurang 3 Jam Di Greenland

Kehidupan

20 Jam Berpuasa, Waktu Berbuka Dan Bersahur Hanya Selang Kurang 3 Jam Di Greenland

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Bagi memenuhi syarat sah berpuasa, umat Islam diwajibkan menahan diri daripada membuat perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.

Umum mengetahui, muslim di Malaysia akan melakukan ibadah berpuasa dalam tempoh lebih kurang selama 13 hingga 14 jam sahaja. Namun, dalam tak sedar dunia kita mengalami perbezaan geografi dan jarak kedudukan garis waktu sehingga membuatkan tempoh berpuasa untuk umat Islam di sesetengah negara lebih panjang berbanding negara kita.

Advertisement

Bulan ramadhan

Tahukah anda, umat Islam di Greenland, Norway dan Finland masing-masing selalunya akan menjalani ibadah berpuasa selama 20 hingga 21 jam setiap tahun? Hal ini kerana, kedudukan negara-negara ini lebih jauh dari garisan khatulistiwa seterusnya menyebabkan jarak terbit dan terbenam Matahari amat panjang.

Berikut adalah tempoh masa berpuasa bagi tahun 2020 di seluruh dunia :

waktu berpuasa

Sememangnya berpuasa di Greenland adalah sesuatu yang sangat mencabar. Berdasarkan maklumat berikut, Muslim di negara itu akan menjalankan ibadah berpuasa selama 20 jam tahun ini.

Advertisement

Walaupun ianya kedengaran seperti mustahil, tetapi itulah yang sering dilakukan oleh umat Islam di sana apabila tiba bulan mulia ini.

Untuk pengetahuan anda, Greenland merupakan pulau terbesar di dunia yang terletak di belahan bumi bahagian utara iaitu di antara Laut Artik dan Laut Atlantik di mana ia dihuni oleh penduduk asli Greenland iaitu orang Inuit atau Eskimo.

Meskipun majoriti penduduk di Greenland beragama Kristian, tetapi ada juga sekitar 0.6% penduduk di sana yang beragama lain, termasuk Islam.

Greenland

Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh salah seorang umat Islam di sana, mereka dikatakan akan berpuasa bermula jam 2 pagi hingga terbenam matahari pada pukul 11 malam.

Difahamkan lagi, mereka hanya mempunyai tempoh waktu 3 jam sahaja untuk menunaikan ibadah solat maghrib, isyak, dan sahur sebelum kembali berpuasa.

Manakala, umat islam di Chile, Australia dan New Zealand pula akan melalui tempoh waktu berpuasa paling pendek tahun ini iaitu selama kira-kira 11.5 jam sahaja.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...