Menurut beberapa sumber, kira-kira 10, 000 – 20, 000 pelacur Nigeria bekerja di Itali. Industri pelacuran wanita Nigeria ini bermula pada tahun 1980, semasa pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nigeria datang bekerja secara haram di ladang tomato di Itali.
Apabila ladang ditutup dan mereka tiada pekerjaan, PATI menjana pendapatan melalui kegiatan jenayah–iaitu menyeludup dadah ke Itali dan pelacuran. Pelacur Nigeria ini menerima wang yang sedikit saja bagi perkhidmatan mereka, kadangkala hanya 10 euro (RM 45) dari pelanggan.
Apa yang menyedihkan ialah keadaan tempat pelacur Nigeria berkhidmat. Mereka biasanya memberikan khidmat di atas tilam di tempat terbuka dalam hutan, bekas tapak tinggalan ladang tomato yang telah ditutup. Ada kalanya, tempat mereka dikelilingi sampah sarap.
Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Laporan asal: Esquire