Biasanya, seorang anak lebih rapat dengan ibunya semasa kecil. Ibu-ibu haiwan ini sayangkan anak mereka dan sanggup membahayakan diri untuk melindungi anak-anak mereka dari musuh. Itulah fitrah alam yang diciptakan Tuhan.
Jadi masih tidak faham bagaimana ada ibu manusia yang sanggup meninggalkan bayi di merata-rata tempat untuk dibuang. Melawan fitrah alam namanya tu. Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***
Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung buat kali ke empat pada 9 dan 10 Jun ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Bazar ini mengenengahkan bazar jualan produk-produk budaya dan seni dari para Badan Bukan Kerajaan (BBK) Seni dan Budaya yang jarang ditemui dengan harga berpatutan mulai jam 2.00 petang.
Terdapat jua persembahan pentas, aktiviti generasi Y dan pelbagai lagi aktiviti menarik. BBK yang berminat untuk menjual produk seni dan budaya mereka boleh menghubungi En. Rahmat di 013-9838824. Gerai untuk jualan, makan minum serta penginapan disediakan (tidak termasuk kos pengangkutan). Mari membeli belah dan bersantai seni!