Hari Ibu akan disambut di Malaysia pada Ahad kedua bulan Mei. Tetapi di sesetengah negara seperti di Britain, ia akan disambut Ahad ini. Bersempena Hari Ibu ini, seorang jurugambar, Steve Bloom, 59, telah mengumpulkan gambar-gambar ibu dan anak haiwan yang telah ditangkap olehnya.
Bloom mengembara ke setiap benua untuk menangkap gambar-gambar ini. Katanya, dia tertarik dengan hubungan antara ibu haiwan dan anaknya. Ini ialah kerana di dalam hutan, peraturannya ialah untuk jaga diri sendiri, tetapi ibu haiwan akan menjaga anak-anaknya di samping menjaga dirinya sendiri. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***
Basikal Fixie ialah sejenis basikal ‘fixed gear’ yang tidak mempunyai brek. Basikal ini ada dua jenis iaitu ‘freestyle’ dan ‘mash’ yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya. ‘Freestyle’ lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau ‘trick’ dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa.
Jenis ‘mash’ pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Basikal ini tidak mempunyai brek, ‘suis’ utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal.
Basikal ‘fixed gear’ atau ‘fixie’ digunakan oleh golongan penghantar surat di Amerika Syarikat. Mula mendapat perhatian di negara ini sekitar 2006. Tidak mempunyai brek dan memerlukan teknik ‘pull and push’ untuk memberhenti dan memperlahankan basikal. Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat ‘berehat’, sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya. Ingin melihat aksi Basikal Fixie? Jangan lupa ke Bazar Seni Industri Budaya, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage kami.