Semalam semasa Yusry dan Lisa mengumumkan tarikh pernikahan mereka, ramai rakan lelaki Abang Nara terutamanya di Twitter yang meroyan, sedih dan berkabung. Biasalah kan, Lisa Surihani kan gadis pujaan ramai lelaki. Kepada anda yang masih bersedih, doakanlah kebahagiaan mereka berdua. Dan apa kata anda sedihkan lagi diri anda dengan melihat gambar Yusry dan Lisa di majlis semalam.
Nampak jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah kedua-dua bakal pengantin baru ini. Semoga segala perancangan mereka berdua akan menjadi kenyataan. Lagi 19 gambar sekitar majlis pengumuman hari pernikahan Lisa dan Yusry semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya.