Ah~~ Jelesnya melihat Rita Rudaini sekeluarga bercuti di Kapalai, Sabah. Tambah jeles apabila Rita pergi menyelam melihat keindahan lautan ciptaanNya. Confirm seronok tak ingat punya. Lebih-lebih lagi apabila ditemani dua anak lelakinya yang comel sangat.
Sekali tengok Rita nie nampak macam profesional diver pun ada jugak kan? Gaya memang dah terserlah dah. Dalam perkembangan lain, Rita Rudaini buat masa ini masih belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya, Aidil. Kata Rita:-
Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih.
Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)
Baguslah begitu. Bagi rileks dulu. Tumpukan perhatian kepada apa yang patut ketika tengah single ini. Nanti dah kahwin lain pula ceritanya. Tak gitu? Lagi beberapa keping gambar Rita Rudaini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Eiji Toyoda meninggal dunia di usia 100 tahun