February 18th, 2011

top 20 filem malaysia

Seperti yang Abang Nara pernah maklumkan sebelum ini, masih tiada lagi filem Malaysia yang mampu berjaya mengutip RM10 juta. Tetapi kutipan 20 filem Malaysia di atas sememangnya sangat membanggakan. 12 daripada 20 filem ini adalah terbitan MIG dan SKOP Production.

Setakat 9 Februari 2011, filem Ngangkung memegang takhta kutipan filem tertinggi dengan diikuti rapat oleh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tapi rasanya kalau kutipan ini dikemaskini nanti, kemungkinan besar filem Khurafat boleh memotong filem Ngangkung untuk memegang takhta filem dengan kutipan tertinggi.

Paling menarik ialah adanya 4 filem Senario dalam senarai 20 filem ini. Ternyata hebat jugak kuasa pelawak Senario. Secara ikhlas, Abang Nara tak suka sangat dengan lawak Senario sebab tak berapa kena dengan jiwa. Dan sekalung tahniah jugak kepada Datuk Yusof Haslam kerana filem Sembilu 2 yang ditayangkan pada tahun 1995 masih unggul berada di tempat ke 7.

Adakah anda rasa filem Merong Mahawangsa bakal mencapai kutipan RM10 juta? Kalau anda belum tengok trailer filem Merong Mahawangsa, sila baca entri ini untuk berasa kagum. Atau mungkinkah filem Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena dengan dramanya mampu mencecah kutipan angka keramat ini?

Abang Nara tak kisah mana-mana filem yang dapat RM10 juta. Yang penting filem kita wajah kita. Sekian terima kasih.

P.S: Hujung minggu ini apa kata korang eat, share and laugh di Pizza Hut bersama yang tersayang. Confirm rasa bahagia dapat spend masa bersama yang tercinta. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...