Melalui platform TikTok, baru-baru ini, dua orang wanita berasal dari Jepun menyifatkan lelaki Malaysia mempunyai wajah yang kacak jika hendak dibandingkan dengan lelaki negara lain.
Wanita Jepun suka lelaki Malaysia
Dalam video tersebut, seorang TikToker telah bertanya kepada dua orang wanita tersebut mengenai lelaki dari negara manakah yang paling menarik dimata mereka.
Pada mulanya, kedua-dua wanita itu diberi pilihan sama ada lelaki Korea atau China, mereka memilih Korea, sebelum memilih lelaki India tetapi pilihan itu berubah selepas dibandingkan dengan Malaysia.
Apabila disoal kenapa memilih lelaki Malaysia, salah seorang daripada wanita tersebut mengatakan lelaki Malaysia mempunyai ‘facial feature’ yang menarik berbanding negara lain.
Netizen Malaysia bangga
Dalam pada masa yang sama, seorang lagi wanita berkata pernah melihat TikTok lelaki dari Malaysia dan merasakan individu itu sangat kacak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia berasa bangga dengan pujian tersebut dan terus merasakan wanita berkenaan melihat TikToker Malaysia bernama Nazmi hingga membuatkan mereka tertarik dengan lelaki dari negara sini.