Patutlah masa Piala Sumbangsih hari itu (yang berakhir dengan kekalahan Kelantan), Apek tak jadi penjaga gol. Rupa-rupanya diberikan cuti untuk majlis perkahwinannya. Mungkinkah kalau Apek yang menjaga gawang keputusan akan berubah? Siapa tahu kan?
Tak lengkap rasanya kalau hanya menatap gambar sahaja untuk majlis perkahwinan penjaga gol Kelantan ini. Lebih teruja jika dapat menyaksikan video detik bersejarah mereka. Terima kasih kepada LHMediaTV yang telah berkongsi 2 buah video Apek dan Leuniey. Video di bawah ialah ketika majlis pernikahan mereka.
Dan video di bawah ini pula ialah ketika majlis bertandang minggu lalu. Memang terserlah kemeriahannya.
Terima kasih kepada LHMediaTV yang sudi berkongsi video-video awesome ini dengan pembaca BeautifulNara. Jangan lupa untuk LIKE Facebook LHMediaTV sebagai tanda terima kasih anda.