Menunggu beg keluar dengan lama ketika di lapangan terbang adalah merupakan perkara yang boleh dianggap kerap berlaku kepada mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan kapal terbang ke luar negara.
Bagi mereka yang menaiki tempat duduk kelas pertama, masalah begini tidak akan berlaku kerana keutamaan akan diberikan terlebih dahulu. Di sini admin ingin berkongsi 2 tips yang mudah bagi memastikan bagasi anda keluar terlebih tanpa perlu menunggu dengan jangka yang lama.
1. Gunakan pelekat “Fragile” ketika mendaftar masuk
Ketika mendaftar masuk (check in), cuba meminta kepada staf mahupun pekerja di kaunter untuk melekatkan pelekat “Fragile“. Bagasi yang terdapat pelekat “Fragile” selalunya akan dimasukkan kemudian berbanding bagasi yang tiada pelekat. Senang kata macam masa kita pergi membeli belah barang sayur, masa tengah susun barang tu mesti la kita letak kat belah atas sekali kan….
Jadi secara logiknya, barang yang dimasukkan lambat mestilah dikeluarkan terdahulu ketika ingin mengeluarkan barang.
Bagaimana pun teknik ini bukanlah dijamin 100% berjaya kerana kadang kala terdapat staf dan pekerja yang terlepas pandang akan pelekat tersebut dan meletakkan bagasi anda di tempat yang berbeza.
2. Daftar masuk dengan lambat
Ramai di antara kita yang gemar untuk mendaftar masuk (check in) dengan awal kerana mahu lari dari kesesakan mengunggu giliran mendaftar masuk.
Menurut seorang pegawai pintu,
Bagasi selalunya diisi dari depan ke belakang di dalam tempat pengisi bagasi. Jadi jika bagasi anda berada di tempat duduk terakhir di dalam tempat pengisi, ini bermakna bagasi anda yang akan keluar dahulu setelah sampai ke destinasi ditujui.
Tetapi diingatkan disini supaya jangan lah terlalu lambat untuk mendaftar masuk kerana terdapat kemungkinan anda boleh tertinggal penerbangan tersebut.
Sia-sialah kongsi tips di sini jika flight pun boleh tertinggal. Selamat mencuba ya..