Pempengaruh media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya meluahkan rasa syukur kerana dia mengambil keputusan untuk berhenti mengambil minuman beralkohol dan menghisap shisha.
Tulisnya di Threads, membuat keputusan tersebut telah memberikan kesan baik terhadap kesihatan dirinya terutamanya apabila mendapat tahu dia berbadan dua.
Dua tahun saya berhenti ambil alkohol dan setahun berhenti hisap shisha. Sekarang ini saya rasa sangat bersyukur.
Tambah Shaniena, keputusan tersebut juga membawa hikmah yang sangat baik kerana dia kini perlu menyusukan anaknya yang dilahirkan bulan lalu.
View on Threads
Beberapa individu dilihat gembira dengan perubahan positif yang dilakukan Shaniena dan berkata perngorbanan seorang ibu untuk anak tidak akan merugikan.
Apa yang baik saya akan sokong, untuk anak kita usahakan yang terbaik. Tak rugi berkorban untuknya sebab itu harta dunia akhirat.