Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“2 Tahun Penjara Atau Denda..” – Peguam Azwan Ali Ulas Isu Saman Fitnah

Azwan Ali

Baru-baru ini, kontroversi yang sedang berlaku diantara pengacara, Azwan Ali dan pelakon, Rozita Che Wan semakin hari, semakin panas sehingga ia telah melibatkan kes polis.

Advertisement

Peguam yang dilantik oleh Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA telah membuat penerangan secara ringkas mengenai konflik yang tercetus diantara pengacara dan pelakon ini.

Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh Diva AA di Instagram semalam, Azfar dari Firma guaman Shaharudinali Azfarazmi & Co menasihati orang ramai agar menjaga tutur kata dan pernyataan yang boleh mengundang fitnah.

Barangsiapa yang menuturkan, menerbitkan kata-kata tohmahan dan fitnah, hukumannya di bawah Seksyen 500 akta yang sama kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali.

IG Azwan Ali

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, ketika dihubungi oleh pihak Gempak, peguam Azfar berkata beliau tidak boleh mengulas secara lanjut mengenai kes ini kerana bimbang akan mengganggu siasatan PDRM.

Pengacara terkenal itu turut berharap agar pihak berkuasa dapat membuat keputusan yang terbaik agar dia mendapat keadilan yang sewajarnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. IKAN SEPAT

    August 18, 2021 at 11:31 am

    MU PUN JAGA MULUT KATA KATA MU JUGAK..
    BERDIRI LAH DEPAN CERMIN BESAR IKEA…
    MUKA DAH KENDUR, EYE BAG MELENDUT.. FIKIR2 KAN LAH TAK AKAN DAH TUA PUN MULUT MASIH NAK BERPUAKA, LANCANG CACI MAKI SESUKA HATI…

  2. boy

    August 18, 2021 at 10:16 am

    hekeleh bila dia mengata orang sedap je. bila org balas kat dia terus menggelupur.

    • Anonymous

      August 18, 2021 at 11:16 am

      Kan..elok dinasihatkan anak guamnya berhati2 dlm post apa2 yg triggered orang. Soal malaikat pun dia boleh komen selamba badak dia jaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top