Mengakui dirinya tidak kisah sekiranya perlu bermula semula daripada bawah selepas lama menyepikan diri daripada industri muzik, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hantu Atau Buaya, Nana Sheme sedar kerjaya muziknya kini agak suram selepas mengambil keputusan untuk memberikan fokus kepada pengajiannya di universiti sebelum ini.
Biarpun begitu, kata Nana walaupun kerjaya muziknya agak perlahan, namun dirinya sentiasa percaya akan ada rezeki untuknya suatu hari nanti.
“Saya tidak berasa kecewa dengan jalan yang saya pilih sebelum ini untuk berehat seketika. Bahkan, saya rasa lega lepas dapat tunaikan amanat arwah ibu untuk saya utamakan pelajaran.”
Ujar Nana lagi, beliau kini amat terbuka untuk menerima mana-mana peluang yang datang. Malah tetap bersyukur masih ada pihak yang mengingatinya lagi.
“Jadi, sekarang ini, saya terbuka untuk menerima mana-mana peluang yang datang.Saya juga tidak kisah sekiranya perlu bermula semula dari bawah semula seperti mula-mula dulu.”
Advertisement
Nana muncul dengan single terbaharu berjudul Ragu-Ragu. Muzik video lagu tersebut juga dikhabarkan sudah mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube.
Untuk rekod, Nana merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan Kelas Pertama dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
Sumber: Gempak

nana
July 20, 2020 at 1:08 pm
artis tapi…tak boleh menyanyi dengan baik, tak boleh compose lagu, tak boleh tulis lagu yg puitis, kalau ada pun lagu mengarut yg budak tingkat 2 tulis bila putis cinta, pastu suara pun kena adjust guna autotune. Dik, elok la mak suruh dahulu kan belajar, kalau nk teruskan jd penyanyi takut esok2 jd nabila razali
Hayrin Matahir
July 20, 2020 at 7:17 pm
SETUJU.. 90-AN LAGI BEST.