2 Pelajar Tidak Mengaku Cederakan, Kurung Rakan Dalam Tandas Sekolah – “Ikat Tangan & Kaki, Mulut Ditutup”

Kehidupan

2 Pelajar Tidak Mengaku Cederakan, Kurung Rakan Dalam Tandas Sekolah – “Ikat Tangan & Kaki, Mulut Ditutup”

Dua remaja perempuan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lepas.

Mengaku tidak bersalah

Menurut laporan, dua pelajar Tingkatan 1 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara bersama di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang rakan sebaya pada kira-kira jam 6.40 petang di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada 14 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mengurung mangsa sama di lokasi, masa dan tarikh sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 342 KK dan dibaca bersama 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

dua pelajar 13 tahun didakwa kurung rakan di tandas sekolah

Sebutan semula pada September

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta memerintahkan mereka tidak mengganggu mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher serta mulut ditutup dengan sapu tangan dalam tandas sebuah sekolah menengah di bandar itu, bulan lalu.

Pelajar perempuan terbabit kemudian dirawat di sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki, selain trauma akibat kejadian tersebut.

termpurung kepala retak ditolak rakan
2025-08-13 10:41:36

Murid Bertarung Nyawa, Tempurung Kepala Retak & Pendarahan Dalaman Akibat Ditolak Rakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...