Selepas ‘kecoh’ pelakon senior, Kazar memberi pandangannya mengenai isu yang berlaku di antara anak perempuan, Ira Kazar dengan Puteri Sarah, muncul satu lagi pendedahan tergempar.
Melalui satu perkongsiaan hantaran di IG Story Puteri Sarah, dia telah memuat naik satu tangkap layar mesejnya bersama seorang individu mendedahkan sikap sebenar Kazar yang sering mengambil ringan berkaitan dengan rumah tangga.
Menurut individu berkenaan, Kazar seharusnya lebih memahami situasi berlaku ketika ini kerana mempunyai dua anak yang sudah bercerai.
Difahamkan juga dari hantaran yang dibuat oleh selebriti tersebut, individu terbabit memberitahu Kazar sama sekali tidak membela nasib menantu, bahkan lebih membela anak yang tidak bertanggungjawab.
Bukan itu saja, pelakon senior itu juga menyalahkan bekas menantu semasa mempertahankan hak penjagaan anak.
Patutnya malu lah dengan perangai anak sendiri yang tidak bertanggungjawab tu.
Individu terbabit turut sempat meluahkan rasa kasihan terhadap bekas menantu kerana dipersalahkan biarpun bekas suami yang membuat salah.
Sebelum ini, setelah sekian lama membisukan diri, Kazar akhirnya membuka mulut isu keretakan rumah tangga Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof akibat daripada anaknya sendiri iaitu Ira Kazar.
Menurut pelakon berkenaan, ia bukanlah satu masalah yang besar dan meminta semua pihak untuk berdamai.
Selain itu, kami akan kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.