2 Minggu Menjelang Hari Raya, INI Item dari Y.O.U Beauty Wajib Ada Pilihan Beautifulnara

Branded

2 Minggu Menjelang Hari Raya, INI Item dari Y.O.U Beauty Wajib Ada Pilihan Beautifulnara

Fuh, lebih kurang 2 minggu lagi sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri kan? Sekejap je rasa kita berpuasa… Persiapan raya anda macam mana? Kami harap tiada lah insiden berebut barang raya di kedai bila buat persiapan last minit!

Sebut pasal persiapan raya, kami yakin bab ni memang wanita dah expert tentang semua benda ,termasuk soal memilih barangan kosmetik dan skincare yang tepat! Jom kami share  item yang wajib anda bawa waktu nak balik kampung nanti!

Rouge Power Matte Lip Cream Buat Anda Manis Tersenyum Di Pagi Raya

Siapa dekat sini yang suka guna produk dari jenama Y.O.U Beauty? Kita geng! Kalau anda nak tahu, Y.O.U Beauty ada keluarkan produk terbaru iaitu Rouge Power Matte Lip Cream. Fuh, nama pun dah nampak premium! Nak tahu kualitinya premium ke tak? Jom kami share!

Rouge Power Matte Lip Cream ini diinovasikan dengan Color-lock Technology serta ekstrak Madu Manuka yang membantu untuk memberikan ketahanan dengan finishing matte pada bibir sehingga 18 jam! Wow!

Menariknya,  lip cream ini menggunakan Doe-foot applicator yang memudahkan anda untuk menggunakan amaun yang tepat dan hasil full coverage dengan satu penggunaan sahaja! 

Rouge Power Matte Lip Cream ini juga bersifat waterproof, tahan lama dan tidak mudah tertanggal. Paling best, ia tidak akan melekat pada mana-mana permukaan seperti pelitup muka dan cawan. Kalau macam ni, tak lah segan kalau nak makan dan minum di rumah orang lain!

Terdapat enam pilihan warna yang sesuai dengan semua jenis kulit seperti Kindness, Passion, Alert, Allure, Inspire dan Dashing.  Min confirm anda takkan menyesal sebab semua warna   Rouge Power Matte Lip Cream ni memang in-trend!

  •  4.5 G l RM32.90

Noutriwear+ Liquid Foundation Bantu Kulit Kekal Berseri

Takkan bibir je on point? Wajah pun kena lah diberi solekan sikit kan? Nasib baik ada Noutriwear+ Liquid Foundation!

Kalau anda nak tahu, tekstur foundation ini lebih pekat berbanding foundation biasa.  Teknologi inovatif Litestay pula membantu solekan kekal sehingga 24 jam. Ia ringan pada kulit wajah dan sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit kerana ia membantu mengawal minyak dan tak keringkan kulit.

Bukan seperti foundation biasa, Noutriwear+ Liquid Foundation ini menggunakan bahan yang dibangunkan dengan teknologi Litestay yang diinfusi bersama Immortelle C-Lock Essence serta Ekstrak Centella Asiatica bagi membantu untuk melindungi dan menyuburkan kulit dari dalam.  

Apa yang lagi best, Y.O.U Beauty juga menggunakan bahan dengan formula serbuk unik iaitu Soft-light Diffusing Powder yang bertindak secara optikal dalam memudarkan pori terbuka, garis halus dan cela pada wajah. So, foundation anda akan kekal smooth je walaupun sampai ke malam!

  • 20 ML l RM45.90

Nak hasil solekan tahan lebih lama? Haa, anda kena lah gunakan skincare yang betul! Jom tengok perkongsian ni!

Radiance Up! Serum & AcnePlus Spot Care – Fade Dark Spots and Acne Marks

Radiance Up! Antioxidant Serum diformulasi dengan Powerful Brightening System SymWhite377, Niacinamide (B3), dan ekstrak Bunga Camellia Korea  berfungsi untuk mengurangkan kekusaman dan bintik hitam pada wajah serta mengembalikan kulit yang berseri. 

Kalau korang nak tahu, SymWhite 377 ni 32 kali lebih efektif berbanding arbutin dan 210 kali berfungsi daripada kojic asid kojic. Ia dapat memudarkan bintik hitam serta mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu. Sempat ni nak cantik sebelum Raya!

Lebih lagi, ekstrak Korean Camellia kaya dengan antioksidan untuk membantu wajah anda melawan radikal bebas. Serum ini juga memberi manfaat daripada bahan Carnosine yang membantu mengurangkan kerosakan kolagen dan elastin yang disebabkan dengan glikasi untuk kulit berseri. Baru lah nampak awet muda!

Jika anda mempunyai parut jerawat, guna AcnePlus Spot Care selepas menggunakan Radiance Up! Serum untuk mendapat kulit yang flawless! AcnePlus Spot Care mengandungi Centella Asiatica dan Herbal Fusion Actives untuk membantu melegakan, melawan dan membersihkan tempat jerawat. 

  • 30 ML l RM69.90
  • 15 G l RM17.90

Jatuh Cinta Pandangan Pertama Dengan Advanced Youth Eye Cream 

Bila waktu raya, mesti akan terjumpa dengan kekasih atau crush zaman sekolah dulu kan? Tapi, kena lah nampak cantik depan si dia kan? Haa, jangan risau! Advanced Youth Eye Cream kan ada!

Krim mata yang menghidrat dan ringan ini dirumus dengan  bahan seperti Kafein dan bahan ‘ajaib’ iaitu Plantide X menggabungkan peptida terbitan tumbuhan pertama di dunia dengan M3000 Peptides membantu mengurangkan penampilan garis halus di sekeliling mata. Dengan penggunaan yang konsisten, anda dapat melihat kesannya dengan lebih cepat!

Bukan itu sahaja, Kafein yang dipasangkan pada aplikator hujung seramik yang menyejukkan membantu bahan -bahan ini melakukan peredaran di sekeliling mata untuk mengurangkan mata yang sembab. Takde la nanti ‘si dia’ nampak mata anda seperti mata panda!

Lebih menarik, Advanced Youth Eye Cream juga menggunakan bahan pencerahan yang terkenal iaitu Niacinamide, agar dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Bagusnya!

  • 15 ML l RM 69.90

Triple UV Elixir Sunscreen Beri Perlindungan Dari Sinaran Cahaya Matahari Dan Cahaya Biru Sepanjang Hari

Kalau dah seronok beraya, mesti tak ingat nak balik ke rumah kan? Tambah pula, mesti setiap rumah korang nak buat ‘OOTD’ Raya kan? Lepas tu, mula lah pegang telefon berjam-jam nak pilih gambar mana nak post kat media sosial. Urgh! Tapi jangan sampai seksa kulit anda tau! Jom beri perlindungan pada kulit anda dengan Triple UV Elixir Sunscreen!

Pelindung matahari dari Y.O.U Beauty ini bertekstur water-based  yang ringan dengan SPF 50+ PA++++. Ia memberi perlindungan yang menyeluruh (Broad Spectrum Protection) daripada UVA, UVB, dan cahaya biru. Sunscreen ini juga mudah meresap dan tidak melekit.

Bahan yang digunakan seperti Allantoin, Vitamin E, Niacinamide, dan Centella Asiatica membantu untuk mengekalkan kelembapan serta menyuburkan kulit.

  • 30 ML l RM25.90

Tampil Cantik Di Hari Raya Dengan Y.O.U Beauty!

Tunggu apa lagi? Jom cantik bersama-sama dengan kami pagi raya nanti! Psst..psst…Kami dengar sekarang Y.O.U Beauty tengah buat promosi sempena Raya tau! Rugi kalau anda terlepas promo menarik ini. Nak tahu lebih lanjut, klik DI SINI. Jangan lupa juga untuk ikuti Y.O.U Beauty di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...