“2 Minggu Beras 50 Kilo Habis” – Datin Rebecca Terkesan Harga Beras Naik, Anak 9 Orang, Suami & Orang Gaji Kuat Makan

Hiburan

“2 Minggu Beras 50 Kilo Habis” – Datin Rebecca Terkesan Harga Beras Naik, Anak 9 Orang, Suami & Orang Gaji Kuat Makan

Pelakon terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam mengakui dia dan suami turut terkesan dengan kenaikan harga beras di pasaran.

Perkara itu dimaklumkan Rebecca ketika ditemu bual majalah RASA di mana dia berkata bahawa isi rumah 9 orang anak, suami dan juga pembantu rumahnya masing-masing kuat makan dan mempunyai selera besar.

Advertisement

Ujarnya lagi, 50 kilogram beras boleh dikatakan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan selama 2 minggu mereka berada di rumah.

Berikutan itu, Datin Rebecca dan suaminya masing-masing berusaha untuk mencari rezeki halal demi menambah sumber kewangan keluarga.

Tambah pelakon itu lagi, dia kini bekerja keras dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk meraih sumber kewangan yang cukup demi menampung keperluan yang besar di rumah.

Sekadar info, Rebecca Nur Al-Islam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dengan Datuk Nor Azam Sulaiman. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 orang anak, 2 orang anak tiri hasil perkahwinan suaminya dahulu dan juga 2 orang anak angkat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Instagram twitter anak abby
8 months ago

"Tak Belajar Dari Kisah Mak Ayah Dulu Ke??" - Anak Pelakon Popular Umur 18 Tahun Didakwa 'Sondol' Suami Orang Sampai Bercerai Berai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...