Pelakon terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam mengakui dia dan suami turut terkesan dengan kenaikan harga beras di pasaran.
Perkara itu dimaklumkan Rebecca ketika ditemu bual majalah RASA di mana dia berkata bahawa isi rumah 9 orang anak, suami dan juga pembantu rumahnya masing-masing kuat makan dan mempunyai selera besar.
Ujarnya lagi, 50 kilogram beras boleh dikatakan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan selama 2 minggu mereka berada di rumah.
Berikutan itu, Datin Rebecca dan suaminya masing-masing berusaha untuk mencari rezeki halal demi menambah sumber kewangan keluarga.
Tambah pelakon itu lagi, dia kini bekerja keras dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk meraih sumber kewangan yang cukup demi menampung keperluan yang besar di rumah.
Sekadar info, Rebecca Nur Al-Islam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dengan Datuk Nor Azam Sulaiman. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 orang anak, 2 orang anak tiri hasil perkahwinan suaminya dahulu dan juga 2 orang anak angkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.