2 Maut Selepas Helikopter Terhempas Berhampiran Taman Melawati

Trending

2 Maut Selepas Helikopter Terhempas Berhampiran Taman Melawati

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan kejadian helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Memetik laporan Awani, kejadian itu melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum satu daripadanya terhempas ke darat.

Advertisement

Dedahnya lagi, pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa daripada helikopter tersebut.

Untuk rekod, pihaknya menyatakan terdapat 4 mangsa, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.

Malah, laporan Harian Metro juga memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 2 dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku sekitar jam 11 pagi itu tadi.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...