Akhirnya 2 cover gambar Siti Nurhaliza sebagai Madonna telah pun dikeluarkan oleh pihak majalah GLAM. Yang pastinya setiap penampilan Datuk Siti sangat-sangat berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Kreatif sungguh pihak editor GLAM mengeluarkan idea sebegini.
Buat peminat Datuk Siti, jangan risau kerana tidak mewarnakan rambutnya dan masih mengenakan serkup di rambutnya. Berikut ialah kata-kata editor majalah GLAM:-
Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.
Dua lagi gambar Siti Nurhaliza sebagai Madonna di dalam majalah GLAM Januari 2012 yang pernah dikongsikan sebelum ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.