2 Kes Berkait Kerabat Johor Dikemukakan Pada DPP

Trending

2 Kes Berkait Kerabat Johor Dikemukakan Pada DPP

poisKertas siasatan terhadap dua lelaki berkaitan dengan kerabat Diraja Johor akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tidak lama lagi.

Memetik laporan FMT, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata setakat ini pihaknya masih dalam rangka melengkapkan kertas siasatan dan kedua-dua suspek masih dalam tahanan reman polis.

Advertisement

Pada 19 Mei lalu, seorang pegawai bank berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di tempat kerjanya di Kuala Lumpur kerana didapati menghantar mesej jelik kepada kerabat rapat Diraja Johor.

“Siasatan awal mendapati suspek memperoleh butiran maklumat nombor telefon bimbit kerabat rapat Diraja Johor itu dengan cara tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi suspek ialah seorang lelaki berusia 51 tahun yang ditahan kerana memperdayakan seorang pengusaha dobi untuk menyerahkan sejumlah RM37,000 kepadanya.

Katanya lelaki itu kononnya mendakwa dia bekerja di Istana Diraja Johor dan mempunyai pengaruh kerabat untuk mengurangkan tunggakan hutang kad kredit mangsa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pemilik kedai aksesori kereta yang ditahan kerana memiliki pistol dalam kenderaan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safee Sali yang dipandunya baru-baru ini, boleh berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

“Kes tidak berhubung kait dengan Safee kerana kenderaannya itu digunakan suspek tanpa kebenaran. Suspek masih direman sehingga 28 Mei untuk membantu siasatan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...