2 Kali Bercerai, Badrul Muhayat Akui Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi

Hiburan

2 Kali Bercerai, Badrul Muhayat Akui Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi

Meskipun sudah dua kali rumah tangga yang dibinanya musnah, pelakon Badrul Muhayat akui tidak serik untuk berkahwin lagi.

 Badrul Muhayat tak serik kahwin lagi

Advertisement

Katanya yang kini menjengah usia 52 tahun, dirinya masih tetap mencari calon isteri dan yakin Allah telah mengaturkan jodoh terbaik untuknya.

“Sepanjang dua kali perkahwinan saya, syukur saya dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 13 dan 11 tahun.”

Badrul juga turut mendedahkan perkahwinan yang dibina dengan kedua-dua bekas isteri tidak kekal lama.

 Badrul Muhayat tak serik kahwin lagi

“Ya, saya berkahwin pun agak berumur tapi perkahwinan pertama saya tak bertahan lama yang akhirnya bercerai. Kemudian saya berkahwin lagi sekali namun bercerai beberapa tahun kemudiannya.”

Bagaimanapun, Badrul memberitahu bahawa kedua-dua anaknya kini dalam jagaan bekas isteri di Ipoh, Perak.

Untuk rekod, selain sibuk mempromosikan produk terbaharunya, pelitup muka Vken yang punyai kelebihan untuk melancarkan pengaliran darah bahagian muka, mewangikan bau mulut dan membunuh bakteria, Badrul bakal muncul sebagai artis jemputan untuk rancangan bual bicara yang akan disiarkan dalam saluran Awesome TV.

Program tersebut akan berkongsi kisah kehidupan sebelum dan sesudah bergelar artis.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...