2 Juta Rakyat Malaysia Tak Kira Tua Atau Muda Ada Masalah Pendengaran?

Kehidupan

2 Juta Rakyat Malaysia Tak Kira Tua Atau Muda Ada Masalah Pendengaran?

Masalah pendengaran bukan terjadi kepada golongan warga emas sahaja. Dimana dalam satu kajian hear.com mendapati 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran daripada pelbagai peringkat umur.

Isu kesihatan ini bertentangan dengan kepercayaan umum rakyat Malaysia bahawa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas sahaja.

Advertisement

Di Malaysia, terdapat peningkatan bilangan masyarakat di antara umur 35 hingga 45 tahun yang menghidap masalah pendengaran berpunca daripada aktiviti harian mereka.

Senario ini turut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja dan hubungan dengan orang sekeliling.

Menurut Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz orang ramai perlu menangkis stigma bahawa warga tua sahaja yang berpotensi terdedah kepada masalah pendengaran.

“Kita perlu melawan stigma yang mengatakan hanya orang tua sahaja akan menderita masalah pendengaran.”

Tambah beliau orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran daripada berlaku kesan buruk pada masa akan datang.

Antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran selain daripada faktor persekitaran kerja termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Jadi anda semua lepas ini jangan ingat nenek dan atuk sahaja yang tak dengar, anda pun sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...