2 Jenama Coklat Terkenal Tidak Memiliki Sijil Halal Jakim

Trending

2 Jenama Coklat Terkenal Tidak Memiliki Sijil Halal Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Advertisement

Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...