2 Individu Ditahan, Disyaki Mencuri Handphone Pesakit Lain Di Maeps Serdang

Trending

2 Individu Ditahan, Disyaki Mencuri Handphone Pesakit Lain Di Maeps Serdang

Pusat Kuarantin Maeps Serdang ialah pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 yang berisiko rendah. Pesakit yang didapati positif akan dibawa ke Maeps Serdang untuk menjalani sesi kuarantin bersama dengan pesakit lain.

Sejurus itu, tular satu video di TikTok menerusi akaun @ayiekefli mengenai satu kejadian yang berlaku di Pusat Kuarantin Maeps Serdang dimana 2 individu ditahan oleh pihak polis kerana mencuri telefon bimbit pesakit lain yang berada di Maeps Serdang.

Advertisement

https://www.tiktok.com/@ayiekefli/video/6927651817388084482?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Individu berkenaan disoal siasat oleh pihak polis yang lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE). Pesakit lain mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana tindakan pantas mereka mengesan individu yang telah mencuri telefon bimbit pesakit.

Difahamkan, individu berkenaan merupakan banduan yang baru sahaja menjalani hukuman dan dikuarantin di pusat kuarantin tetapi malah mencuri telefon bimbit pesakit lain.

Video yang meraih 800,000 ribu tontonan di TikTok itu mendapat perhatian warganet kerana perbuatan dua individu berkenaan.

Kelihatan juga individu tersebut tunduk malu sewaktu diiringi  pihak polis untuk diberi tindakan selanjutnya.

https://www.tiktok.com/@ayiekefli/video/6927664458697395458?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...