“2 Hari Tunggu Respon, Tapi No Answer At All” – Wanita Kongsi Baju Raya Jenama Terkenal Banyak ‘Defect’, Cubaan Dapatkan ‘Refund’ Tak Dihirau

Fesyen

“2 Hari Tunggu Respon, Tapi No Answer At All” – Wanita Kongsi Baju Raya Jenama Terkenal Banyak ‘Defect’, Cubaan Dapatkan ‘Refund’ Tak Dihirau

Setiap tahun pasti ada sahaja luahan dan review pengguna terhadap jenama baju raya terkenal kerana kualiti pakaian yang tidak setanding harga.

Baju Raya Ynalee kualiti teruk
4 weeks ago

Beli Baju Raya Hampir RM700, Wanita Kecewa Dengan Kualiti Jenama Pakaian Terkenal Ini - "Dorang Takde Team QC Ke?"

Advertisement

Kali ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap satu jenama baju raya wanita terkenal dan trending di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu berkata dia perlu menunggu lama untuk mendapat pesanan bajunya namun apabila baju tersebut akhirnya sampai, dia kecewa dengan kualiti yang tidak seperti yang dilihat.

Bukak je (parcel), defect teruk. Puff kanak ada, kiri takde. Manik dekat lengan kiri penuh, kanan tak siap.

Wanita itu juga menunggu maklum balas selama dua hari daripada pihak jenama berkenaan namun langsung tiada respon diterima.

brand Qiszar problem

Dia berharap agar boleh menukar baju raya itu atau jika tidak wanita berkenaan mahu refund semula duitnya.

Since admin tutup komen di IG, emel tak balas dah dua hari. DM tak baca (tapi) story boleh repost hari-hari. So sila tengok (hantaran) admin. Brand dah maju menyusahkan hidup orang.

brand Qiszar problem

Hantaran tersebut mendapat perhatian di TikTok dan sesetengah netizen mencadangkan agar wanita itu terus berhubung dengan pemiliknya menerusi media sosial.

Dalam pada itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman buruk dengan jenama yang sama dan ada juga yang memberi review jenama baju raya yang tidak bermasalah.

komen netizen di TikTok  komen netizen di TikTok  komen netizen di TikTok komen netizen di TikTok komen netizen di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...