Selepas Farid Kamil memberi kenyataan kepada wartawan, itu dan ini, pelakon Diana Danielle tidak lagi berdiam diri dan akhirnya mendedahkan tentang tindakan pengarah itu pula.
Menerusi Instagram, aktres berusia 32 tahun itu mendedahkan suaminya itu telah bersikap baran selama berhari-hari dan tidak berhenti menengking anak mereka disebabkan hal yang remeh.
Malah, Farid juga dikatakan turut mengurung Aurora, 8, di dalam bilik bersamanya atas alasan mahu ‘ajar’ dan membiarkannya tidur di atas lantai berlapikkan sejadah.
Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut…
Dia dipaksa duduk dalam bilik Babah sebab nak sambung ‘ajar’ anak. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah.”
Kata Diana, dia cuba menolong Aurora namun Farid kemudian mengugut untuk pukul kanak-kanak itu keesokan hari.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa Farid sudah empat bulan tidak membayar nafkah malah perbelanjaan ke Mekah semua dibayar oleh Diana namun masih belum diganti oleh aktor itu seperti yang dijanjikan.
Dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik. Dia boleh beli kereta baru, cincin berapa ribu tapi nafkah dan hutang masih tergantung.”
Semalam, Diana telah menafikan bahawa anaknya ‘petik cili’ di rumah jiran itu menyebabkan Aurora trauma dan menjadi punca dia menuntut cerai terhadap Farid pada awal Mac.
Sebaliknya, Aurora dikatakan trauma disebabkan penderaan emosi yang dilakukan Farid terhadapnya gara-gara ‘diajar’ sehingga begitu sekali.