(2 GAMBAR)Wanita Tinggal Di Restoran KFC Selama Seminggu Setelah Ditinggalkan Kekasih

Trending

(2 GAMBAR)Wanita Tinggal Di Restoran KFC Selama Seminggu Setelah Ditinggalkan Kekasih

Ditinggalkan teman lelaki, seorang wanita berusia 26 tahun, Tan Shen, duduk di dalam restoran KFC selama seminggu, dengan makan kepak ayam setiap hari. Apabila dia keluar akhirnya, dia memberitahu dia berbuat begitu kerana dia hanya ‘perlukan masa untuk berfikir’.

Tan-Shen-KFC2-550x411

Advertisement

Sangat terkesan dengan perpisahan itu, Shen masuk ke sebuah restoran KFC minggu lepas, berhampiran satu stesen keretapi di kawasan tempat tinggalnya.

Saya merayau sendirian dan rasa teruk, kemudian memutuskan untuk masuk ke KFC stesen keretapi.

Saya tidak merancang duduk lama di situ. Saya cuma mahu makan beberapa kepak ayam. Tetapi setelah saya masuk dan makan saya rasa seperti perlu masa untuk berfikir. Saya tidak mahu pulang ke apartment saya kerana ia penuh dengan memori bersama dia. Jadi saya duduk saja di situ.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Staf restoran hanya menyedari kehadiran berpanjangan Shen di situ setelah tiga hari berlalu. Kata staf Jiang Li Lung:-

Kami bekerja syif dan restoran ini dibuka 24 jam, jadi kami memang ramai pelanggan. Mula-mula, tak siapa perasan kehadirannya. Tetapi selepas beberapa hari kami sedar kami semakin mengenali wajahnya. Kemudian baru saya sedar kami telah menghidangkan kepak ayam untuknya selama tiga hari dan dia belum keluar dari restoran.

Tan-Shen-KFC-550x366
Jiang dan staf yang lain berasa bimbang tentang wanita itu, dan bertanya jika dia okay. Dia menjawab yang dia hanya mahu masa untuk berfikir dan meminta sekotak lagi kepak ayam bersama lebih kentang goreng. Staf memutuskan yang dia tidak memudaratkan sesiapa, jadi mereka biarkan dia di situ.

Lagipun, dia seorang pelanggan yang membayar, walaupun dia pelik sedikit.

Kemudian, semakin ramai sedar kehadirannya di situ dan tidak lama kemudian, pihak media mula menunjukkan minat terhadapnya. Apabila wartawan mula muncul dan bertanya tentangnya, dia akhirnya membuat keputusan yang dia telah makan kepak ayam dengan cukup. Dia bangun untuk meninggalkan restoran, dan apabila dia keluar dia juga memutuskan untuk meninggalkan kehidupan lalu di belakang.

Saya beritahu majikan yang saya bercuti seketika kerana sakit, tapi saya dah beritahu mereka mahu berhenti kerja. Saya fikir perkara terbaik untuk dilakukan ialah meninggalkan bandar ini dan pulang untuk tinggal bersama ibu bapa saya. Saya juga dah rasa muak makan ayam jadi tidak ada sebab untuk tinggal lebih lama di KFC.

Sementara itu, staf KFC mula menyukai Shen dan berasa sedih melihatnya pergi.

Kami rasa agak rindu dengan dia. Kehadirannya membuatkan tempat kerja kami jadi lebih menyeronokkan.

via Yahoo News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...