Satu pertengkaran yang berlaku di sebuah restoran hotpot di Wenzhou menjadi serius apabila seorang pelayan menyimbah sup panas mendidih, menyebabkan seorang pelanggan wanita yang dipanggil Lin diletak di unit rawatan intensif kerana tubuhnya melecur 42%.
Lin melecur di kepala dan bahagian atas badannya. Gambar-gambar Lin ketika dirawat telah dimuat naik oleh CCTV.
Pelayan itu yang dikenal pasti oleh polis sebagai seorang remaja bernama Zhu, berbuat begitu setelah Zhu meluahkan ketidakpuasan hati dengan cara Zhu melayan pelanggan. Pada mulanya, Zhu berlalu pergi sewaktu Lin sedang merungut, jadi Lin mula menaip komen menggunakan telefon untuk dihantar kepada salah seorang pengurus restoran itu mengenai Zhu. Rating dalam talian adalah salah satu faktor yang penting bagi perniagaan makanan di China yang sengit dengan persaingan.
Tidak lama selepas melihat komen Lin dalam talian, Zhu berang dan membalas dendam dengan menyimbah sup yang panas mendidih ke kepala Lin, menolaknya ke lantai dan membelasahnya tanpa belas kasihan.
Pelanggan-pelanggan lain meleraikan Zhu sebelum dia membuat kerosakan lebih serius. Lin makan di restoran itu bersama ahli keluarganya, termasuk ibu dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.
Ibu Lin mengingat semula kejadian itu:
Semasa ambulans tiba dia (Zhu) masih tersengih menakutkan.
Polis memberitahu Zhu telah ditahan, bagaimanapun mungkin dibebaskan kerana berusia bawah 18 tahun tanpa seberang pertuduhan jenayah.
Kejadian itu boleh ditonton melalui video di bawah:
Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015