(2 GAMBAR)Wanita Ingin Jual Bayi Untuk Selamatkan Suami Terima 1.27 Juta Yuan Derma

Trending

(2 GAMBAR)Wanita Ingin Jual Bayi Untuk Selamatkan Suami Terima 1.27 Juta Yuan Derma

Masih ingat entri kami mengenai seorang wanita yang mahu menjual bayi perempuannya di jalanan Fuzhou untuk menyelamatkan suaminya?

Sudah rezeki agaknya, kisah wanita itu mendapat simpati dari orang ramai. Lebih 3, 000 orang yang baik hati telah menderma kepada wanita itu, dan dia kini telah mengumpul 1.27 juta yuan (RM 712, 736.20) untuk perbelanjaan perubatan suaminya, sekaligus menyelamatkan anaknya dari dijual.
daughter-audition-1

Advertisement

Suami wanita itu, Zhou Guixing telah membuat keputusan untuk mendermakan 600, 000 yuan (RM 336, 725.77) kepada rumah kebajikan di Fuzhou dan Chongqing. Sina News melaporkan 500, 000 yuan telah dipindahkan ke akauan Persatuan Bulan Sabit. Zhou juga berharap 300, 000 yuan dari jumlah itu akan dapat membantu kanak-kanak di kawasan tempat tinggalnya secara terus di Chongqing.

Pada 11 Disember, Zhou jatuh dari tingkat tiga sebuah tapak pembinaan di Fuzhou dan cedera parah. Setelah penyelianya menghilangkan diri, keluarganya tidak cukup wang untuk membiayai kos rawatan Zhou.
daughter-audition-2
Lima hari selepas itu, isterinya telah turun ke jalanan untuk menjual bayi perempuan mereka yang belum sampai usia setahun bagi mendapatkan wang untuk rawatan Zhou, dan selepas itu nasib mereka berubah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...