Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP.
Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut. Kata Saudagar:-
Saya terus membida sehingga orang lain putus asa kerana saya tahu saya boleh menjual semula ikan ini dengan harga yang tinggi.
Beliau mengalahkan sekurang-kurangnya 500 pedagang yang lain.
Profesor zoologi, Norman Siddiqui dari Akedemi Perikanan Marin di Chittagong berkata, warna Jenahak tersebut yang keemasan menyebabkan harganya meningkat sebegitu tinggi.
Seronok bukan jika ada orang kaya mahu membeli ikan dari kita dengan harga yang mampu untuk membeli sebuah kereta import. Pakcik kayo! –AmazingNara